missing someone isn't about how long it has been since u've seen them or the amount of time since u've talked. it's about that very moment when you find ur self doing something and wishing they were right there by ur side :) In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning and god always move in a mysterious way. watch out youu !

Monday, 26 October 2015

terima kasih melahirkan ku,

tiada apa yang boleh menggantikan dikau dengan wanita yang hebat di nun sana
semoga apa yang kau beri selama hidup aku, ikhlas dari lubuk hati mu

terima kasih melahirkan ku,

semoga sepanjang perjalanan hidup ku yang telah di corak dari kecil
telah memberi manfaat yang terbaik di dalam diri ini
apa yang terbaik bagi mu, juga yang terbaik bagi ku

terima kasih melahirkan ku,

kau didik diriku dengan penuh ketegasan
kau didik diriku dengan penuh dedikasi
kau didik diri ku dengan penuh kasih sayang
kau didik diriku supaya tidak membenci orang
kau didik diriku dengan mencintai Allah S.W.T
kau didik diriku dengan penuh keazaman yang suatu hari nanti aku menjadi insan yang berguna

terima kasih melahirkan ku,

dari sekecil tapak tangan hingga sebesar alam sekarang
tiada apa yang boleh ku balas untuk semua yang telah engkau lakukan
dari diri ku kecil sehingga sekarang

tapi.....

aku belum masih mampu buat kau tersenyum
aku belum masih mampu buat kau gembira
aku belum masih mampu buat kau yang terhebat di mata yang lain
aku belum masih mampu memberi kebahagian sebenar-benarya dalam dirimu
aku belum masih mampu menjadi seseorang yang kau harapkan seperti mana yang kau didik dari diri ini sekecil tapak tangan

sesungguhnya aku akan bersyukur sekiranya bukan aku yang keluar dari rahim mu

maaf
sekiranya aku banyak menyusahkan dirimu sepanjang mendewasakan diri ini

maaf
sekiranya aku banyak mengguriskan hati mu dalam sedar atau tanpa sedar

maaf
sekiranya aku banyak mengeluarkan air mata mu kerana sikap ku

maaf
sekiranya diri ini banyak membuat diri kau tertekan

maaf berbanyak maaf aku mohon dari diri ini.

halalkan segala makan minum kakak dari kecil hingga sekarang.
terima kasih kerana sudi lahirkan kakak.

semoga kita berjumpa dialam lain akan datang.

sayang ibu